LATIHAN DAN PELAKSANAAN



PEMILIHAN SEKOLAH PERCUBAAN

JPN negeri Sabah telah mencadangkan sebanyak 6 buah sekolah sebagai sekolah percubaan iaitu :

1.         SK Ulu Sapi, Telupid
2.         SK Pekan Tongod, Telupid
3.         SK Balimbang, Semporna
4.         SK Kubang Pinang, Semporna
5.         SK Kg. Bahagia, Nabawan
6.         SK Tetagas, Nabawan


PEMILIHAN PEGAWAI

JPN Sabah telah memilih dan melantik:
    • 2 orang Desk Officer di JPNS
    • seorang Desk Officer di setiap PPD
    • seorang penyelaras di setiap sekolah


TUGAS PEGAWAI JPNS DAN PPD

  • Terbahagi kepada dua bahagian :
    • Sebelum Pelaksanaan
          Menghadiri mesyuarat perbincangan awal
          Membantu mengenal pasti sekolah kajian keperluan dan sekolah percubaan
          Memberi kerjasama yang diperlukan untuk memastikan kelancaran program
    • Pelaksanaan :
          Menghadiri kursus-kursus bersama pentadbir dan guru sekolah untuk memahami perjalanan projek
          Menjadi pengantara antara PPIP, USM dengan pihak sekolah jika ada masalah yang timbul.
          Membantu pihak PPIP,USM melaksanakan bantuselia pihak sekolah dan guru masa ke masa.


BENGKEL LATIHAN PERINGKAT SEKOLAH

  • Perubahan minda dan paradigma warga sekolah terhadap Projek InSPIRE II
  • Penggunaan ketiga-tiga modul Pengurusan
§  Kurikulum Akademik
§  Kokurikulum Akademik
§  Bimbingan dan Kaunseling
§  Pembangunan Staf
§  Bengkel telah dilaksanakan oleh Komponan Pengurusan Sekolah pada: 12-14 April 2010 Hari (Isnin hingga Rabu)
  • Bengkel penggunaan modul akademik mata pelajaran utama dijalankan adalah seperti berikut :
           BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN MODUL



BANTUAN BERTERUSAN

  • Kerjasama perunding USM dengan pegawai JPN Sabah yang akan membantu kelancaran perjalanan program;
  • Mewujudkan perhubungan efektif penyelidik USM dengan guru penyelaras di sekolah Projek InSPIRE II;
  • Mewujudkan satu mekanisme perhubungan pantas antara penyelidik dan pengguna telah diwujudkan;
  • satu urus setia di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM telah diwujudkan bagi menerima panggilan  dan juga pertanyaan email/telefon tentang program ini;
  • lawatan terancang dan berkala oleh penyelidik USM dilaksanakan bermula Mei 2010 hingga November 2011;
  • program bantuselia berkala untuk memastikan kelancaran penggunaan  modul, pakej pembelajaran murid dan kit BBM Projek InSPIRE II akan dijalankan oleh kumpulan  pengurusan sekolah melepasi tahun 2011;
  • program bantuselia berkala perubahan minda dan kemajuan sekolah ke arah Sekolah Cemerlang (Star) akan dijalankan oleh kumpulan pengurusan sekolah;
  • program bantu berkala kemajuan akademik mata pelajaran utama  (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains) akan dijalankan oleh penyelidik komponen akademik.


BANTU SELIA PERTAMA

  • Komponen Pengurusan Sekolah telah melaksanakan bantu selia pertama pada 25 hingga 27 Julai 2010
  • Dapatan :
§  Jawatankuasa Kurikulum  Kokurikulum,Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah ditubuhkan.
§  Carta-carta organisasi telah dipasang
§  Latihan Pembangunan Staf telah dilaksanakan
§  Manual-manual pengurusan didapati dapat membantu dan mudah digunakan
§  Aktiviti Kokurikulum Akademik masih belum dapat dilaksanakan dengan baik kerana kurang pengetahuan penggunaan jadual waktu anjal
o  Komponen Bahasa Malaysia telah melaksanakan bantuselia pertama pada bulan September 2010
o  Dapatan:
o  Semua sekolah yang dilawati belum melaksanakan sepenuhnya modul InSPIRE kerana masih kabur tentang pelaksanaan jadual anjal. Walaubagaimanapun, mereka telah menggunakan modul Bahasa Malaysia di dalam kelas pemulihan dan menggunakan ABM didalam sesi P & P.
o  Pihak USM memberikan beberapa alternatif berkenaan pelaksanaan modul antaranya aktiviti lisan dengan murid dan secara klinikal.
o  Modul 'brain gym' telah digunakan sepenuhnya di semua sekolah dan mendapat sambutan yang amat baik.
o  Masalah utama yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah kehadiran murid. Punca yang dikenal pasti adalah kurang kesedaran dari ibubapa, masalah pengangkutan ke sekolah dan masalah perhubungan.
o  Lawatan ini memberi gambaran dengan lebih jelas kepada pihak pentadbir sekolah dan guru berkaitan pelaksanaan modul dan konsep projek InSPIRE
o  Komponen Sains telah melaksanakan bantuselia pertama pada 25-27 Oktober 2010
o  Komponen Matematik akan melaksanakan bantuselia pertama pada tahun 2011
o  Komponen Bahasa Inggeris akan melaksanakan bantuselia pertama pada tahun 2011.

AKTIVITI BANTU SELIA DI SEKOLAH-SEKOLAH PROJEK InSPIRE II

 
PEMBANGUNAN BERSEPADU : KERJASAMA DAN KEBENARAN JPN SABAH

Projek InSPIRE ll USM telah mendapat kerjasaman dan kebenaran JPN, PPD dan Jemaah Nazir cawangan Sabah :
  • mempraktikkan Jadual Waktu Anjal;
  • penggunaan modul sepenuhnya oleh sekolah Projek InSPIRE II;
  • membenarkan guru besar menggunakan budi bicara bila diperlukan demi kelancaran pelaksanaan projek InSPIRE II;


HARAPAN

§    Sekolah Bintang
Rating Bintang diberikan berdasarkan kriteria pencapaian UPSR sekolah

§    Sekolah Rujukan
 Sekolah Projek InSPIRE II berprestasi tinggi 3 tahun berturutan yang menjadi rujukan kepada sekolah projek InSPIRE ll yang lain.

 

No comments:

Post a Comment