BERITA HARIAN

BERITA HARIAN (9 NOVEMBER 2010)

KEJAYAAN MODUL INSPIRE DIPAMERKAN

Georgetown:  Modul Sistem Bersepadu Program Pengajaran dan Pembelajaran Luar Bandar (InSPIRE) yang Berjaya membantu pembangunan pendidikan murid luar bandar di Sabah sejak dilaksanakan dari 1981 hingga 1999, dipamerkan di Universiti Sains Malaysia (USM, baru-baru ini.
Bagaimanapun, pameran yang diadakan itu adalah InSPIRE II iaitu siri terbaru modul berkenaan, yang dirasmikan Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.  Hadir sama, Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Dr. Johan Arriffin A. Samad.  Pameran Proek InSPIRE II dan Komuniti Sejahtera adalah inisiatif Yayasan Sabah dengan kerjasama USM dan Jabatan Pelajarn (JPN) Sabah bagi mempamerkan modul baru bagi aktiviti pengajaran serta pembelajaran sesuai dengan perubahan semasa untuk dilaksanakan di sekolah rendah di Sabah.

Projek itu berjaya membantu pembangunan pendidikan murid luar bandar di Sabah dalam Modul Pengajaran Terancang Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.



Yayasan Sabah bertanggungjawab membiayai projek itu, manakala USM dan JPN Sabah, masing-masing menyediakan kepakaran serta maklumat mengenai pelaksanaannya.


Johan Arriffin berkata, kejayaan projek itu membantu meningkatkan keupayaan dan kebolehan asas murid Sabah yang terbabit dalam program berkenaan.  Katanya, projek itu menggabungkan semua pakar dari Yayasan Sabah, JPN Sabah dan USM yang mahir dalam bidang tertentu ter utama empat asas pendidikan, pedagogi dan pengurusan sekolah.

"Kami yakin usaha ini menyumbang kepada kemahiran lebih dalam kalangan pelajar dan meningkatkan pencapaian akademik sekolah yang terbabit dalam projek ini," katanya.  Sementara itu, Dzulkifli berkata, projek itu selaras dengan falsafah USM melalui Bahagian Jaringan dan Masyarakat yang mengetengahkan konsep pembangunan golongan yang terkebawah serta berkonsepkan kelestarian pembangunan pendidikan.

No comments:

Post a Comment