BERITA KAMPUS, USM (17 JANUARI 2011)
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah luar bandar di negeri Sabah dijangka dapat dipertingkatkan hasil perubahan dari segi falsafah dan cara pembangunan Modul Pengajaran Terancang Bahasa Malaysia, Inggeris, Matermatik dan Sains oleh penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
Melalui Projek InSPIRE II, modul ini diperbaiki mutunya selepas melakukan kajian lapangan yang ekstensif dan komprehensif supaya ia mampu menggambarkan keperluan sebenar mruid, guru, pentadbir dan masyarakat setempat.
Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, berkata USM menggalakkan warga akademik dan pelajar untuk meneroka dan menggerakkan penyelidikan dan pembangunan lestarai berasaskan pelbagai disiplin ilmu terutama untuk membantu generasi muda dan masyarakat terkebawah (bottom billions)
Katanya, USM sebagai univrsiti APEX berhasrat untuk mengubah keadaan kehidupan kurang baik kepada kehidupan selesa dengan menggabungkan keharmonian antara komuniti dengan persekitaran semula jadi.
Selain itu, Dzulkifli berkata, ketika sebahagian masyarakat menikmati kehidupan selesa, sebahagian lain pula menderita masalah kesihatan dan kebersihan, kemiskinan tegar, penindasan dan peluang mendapat pendidikan yang sempurna.
“Kualiti pendidikan sepatutnya ditingkatkan lagi tetapi ia telah gagal. Jadi, kita boleh lestarikan lagi dengan membangun dan membuahkan impian kepada masyarakat Sabah,” katanya pada Pameran Projek InSPIRE II dan Komuniti Sejahtera di Dewan Utama Pelajar, DUP) USM, baru-baru ini.
Sementara itu, Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, Prof. Dr. Abdul Razak Mohamed, berkata Projek InSPIRE II atau Sistem Integrasi Arahan Terancang untuk Persekitaran Luar Bandar adalah projek penyelidikan yang dilaksanakan secara berpasukan melalui pengumpulan data, bengkel, penulisan modul oleh guru-guru pakar dan proses penelitian untuk menepati keperluan pembelajaran.
Manakala, Timbalan Pengarah Yayasan Sabah yagn juga Pengerusi bernama Jawatankuasa Pemandu Projek InSPIRE II, Datuk Dr. Johan Ariffin A. Samad, berkata pihaknya berterima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM atas komitmen dan sokongan bagi memastikan kejayaan program ini.
Projek InSPIRE II adalah sambungan daripada Projek InSPIRE I yang diperkenalkan pada 1977 hingga 1996 hasil kerjasama USM bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
No comments:
Post a Comment