FALSAFAH PROJEK InSPIRE II


FALSAFAH
“Menginspirasi dan melestarikan kolaborasi pendidikan berasaskan kesaksamaan pemerolehan ilmu melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang teruji.’’

TUJUAN

  • projek yang merangsang (inspire) guru dan murid sekolah ke arah kecemerlangan berasaskan data penyelidikan;
  • berfokus ke arah pembangunan murid yang menyeluruh dan cemerlang;
  • pengajaran-pembelajaran menyeronokkan, berpusatkan murid melalui pendekatan masteri;
  • Menekankan pengurusan kerjasama dan holistik;
  • bahan pengajaran-pembelajaran menarik;
  • guru yang kreatif dan inovatif


OBJEKTIF

§  meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah melalui pendekatan kerjasama dan holistik;
§   meningkatkan profesionalisme, pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan tugasan secara kreatif and inovatif ;
§  meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid dalam empat mata pelajaran utama iaitu: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains melalui pendekatan masteri;
§  meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan UPSR.


FOKUS

  • Terbahagi kepada 5 komponen :
    • Pengurusan Sekolah
    • Mata Pelajaran Bahasa Malaysia
    • Mata Pelajaran Bahasa Inggeris
    • Mata Pelajaran Matematik
    • Mata Pelajaran Sains
 









SKOP PEMBANGUNAN KESELURUHAN

  • membangunkan satu Pelan Kemajuan Sekolah yang fleksibel yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi sekolah luar bandar di Sabah;
  • membangunkan Manual Pengurusan Sekolah:  Manual Pengurusan Kurikulum Akademik, Manual Pengurusan Kokurikulum Akademik, Manual Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Manual Pengurusan Pembangunan Profesionalisme Staf dan Manual Pengurusan Amalan Keibubapaan
  • membangunkan Modul Bahan Pengajaran dan Pembelajaran empat mata pelajaran utama iaitu: Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.


SKOP PEMBANGUNAN BAHAN

  • Modul Pengurusan Sekolah
    • Modul Pengurusan Kurikulum Akademik
    • Modul Pengurusan Kokurikulum Akademik
    • Modul Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
    • Modul Pengurusan Pembangunan Profesionalisme Staf
    • Modul Pengurusan Bantuselia Guru
    • Modul Pengurusan Amalan Keibubapaan
  • Modul Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
    • Modul Panduan Pengajaran Guru
    • Pakej Pembelajaran Murid (Learners’ Pack)
    • Bahan Bantu Mengajar (BBM)


KEKUATAN BAHAN DAN MODUL

  • berbentuk lestari dan fleksibel;
  • boleh dikembangkan dan boleh digunakan mengikut kesesuaian murid;
  • bukan berbentuk pengajaran terancang yang boleh menyebabkan guru terkongkong;
  • murid daripada pelbagai tahun/tahap boleh mengikut modul kerana modul bersifat kemahiran;
  • lengkap dengan manual guru, pakej pembelajaran murid dan pilihan BBM yang berkaitan.



No comments:

Post a Comment