KAJIAN KEPERLUAN


KAJIAN KEPERLUAN

Berbeza daripada Projek InSPIRE pertama, Projek InSPIRE II telah dimulakan dengan Kajian Keperluan yang telah dijalankan pada tahun 2008. Kajian tersebut telah dijalankan di 3 buah sekolah iaitu SK Sambah, Tamparuli; SK Loktuhog, Banggi dan SK Kg.. Tetabuan.  Kajian Keperluan berfokus kepada 2 aspek utama:
i.       Pengurusan Sekolah
ii.      Mata Pelajaran Utama: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.



DAPATAN KAJIAN KEPERLUAN

PENGURUSAN SEKOLAH

  • guru yang sama menjawat pelbagai jawatan;
  • aktiviti akademik komprehensif kepada murid tahun enam sahaja;
  • kurang penglibatan ibu bapa;
  • pelaksanaan kokurikulum akademik terhad;
  • kurang bimbingan murid dalam aspek akademik dan pembangunan diri;
  • peruntukan kewangan terhad.

BAHASA MALAYSIA

  • Prestasi pencapaian yang tidak seimbang:
•     kaki bukit menunjukkan penguasaan yang baik dalam kemahiran membaca (kefahaman) dan menulis
•      prestasi yang sederhana bagi sekolah kategori pedalaman/sungai
•        prestasi yang lemah keseluruhan calon kategori pulau






BAHASA INGGERIS

o   Prestasi Bahasa Inggeris kebanyakan murid sangat minimum dan murid malu bertutur.
o   Pencapaian Ujian Diagnostik:
·         hanya seorang (1) daripada 105 murid lulus dengan memperolehi markah sebanyak 46%;
·         purata markah yang diperolehi kesemua murid (Tahun 3 & 5) adalah 9.60%, purata markah bagi murid tahun 3 adalah 13% dan bagi murid tahun 5 pula adalah 8.90%.



MATEMATIK

Tahap penguasaan Matematik secara keseluruhan murid adalah rendah:
  • tidak mempunyai idea tentang Matematik
  • hanya mampu menguasai pengetahuan asas Matematik yang melibatkan konsep nombor bulat dan operasi penambahan serta penolakan sahaja
  • murid didapati masih tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan konsep Matematik dalam skop yang lebih luas
  • keupayaan murid hanya terbatas kepada penyelesaian masalah Matematik pada aras pengetahuan sahaja

SAINS

  • prestasi kemahiran proses sains (memerhati, mengkelas, menginferens, meramal) berada di bawah tahap memuaskan;
  • kemahiran proses meramal paling lemah terutamanya pada topik yang abstrak;
  • minat pembelajaran sains adalah positif terutama sekali dalam kalangan murid perempuan;
  • hasil pemerhatian dan temubual, halangan kepada pembelajaran sains adalah Bahasa Inggeris dan kekurangan sumber pengajaran;
  • pengajaran terhad kepada ‘chalk and talk’ dan kurang melibatkan pengajaran di luar bilik darjah.














No comments:

Post a Comment