KURSUS PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

SIRI 1 : Penggunaan Blog sebagai Medium Penyampaian Maklumat

Pendedahan kepada penggunaan blog kepada guru-guru adalah satu bonus yang mampu mewujudkan ruang penyampaian maklumat dan nota antara guru dan murid, termasuk para pengguna internet. Berbagai perkara boleh dikongsi bersama seperti gambar kenangan, video, pengalaman hidup dan kerjaya. Boleh mengadakan ruang perbincangan online antara pensyarah dengan pelajar selain menjadi ruang untuk merapatkan hubungan dan saling menasihati serta memberi kata-kata motivasi supaya budaya ilmu dalam kalangan masyarakat kampus dapat terus segar dalam apa keadaan sekalipun.





SIRI 2 : Penghasilan Video dan Pengubahsuaian menggunakan Windows Movie Makers “Video Production and Editing using Windows Movie Makers”


Penghasilan video boleh menjadi bahan alternatif untuk membantu pelajar bagi memahami pembelajaran. Bengkel bertujuan untul membantu para guru mengenali dan mempelajari kaedah penghasilan video sebagai satu medium pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Penghasilan video (videografi) adalah proses menangkap imej yang bergerak menggunakan media elektronik (contohnya, pita video, terus ke cakera rakaman, atau menyimpan dalam keadaan pepejal seperti camcorder tapeless) dan juga media aliran. Penghasilan video melibatkan kemahiran menyusun isi kandungan, penyuntingan video dan menyampaikan hasil terakhir video untuk persembahan.
Dengan Windows Movie Maker, anda boleh membuat persembahan video gambar kegemaran anda, klip video dan beberapa kesan peralihan yang baik dengan mudah. WMM sangat sesuai untuk orang yang kurang atau tiada pengalaman dalam penghasilan video. Anda boleh mengimport semua media yang anda inginkan dengan menggunakan (imej, fail video dan juga video yang dirakam pada keadaan semasa) dan dan fail-fail tersebut akan anda seret ke garis masa untuk mewujudkan satu video klip yang dikehendak.. Tambah lagi kesan peralihan yang disukai, dan perhatikan perjalanan semuanya pada tetingkap pratonton. Ada juga alat khas dalam Windows Movie Maker yang membolehkan anda menambah tajuk dan penghargaan terhadap filem anda. Sebaik sahaja kerja anda telah selesai, Windows Movie Maker membolehkan anda mengeksport video kepada beberapa format yang berbeza, bergantung kepada di mana anda mahu gunakan: terbitkan ia di laman web, rakamkan ke dalam CD atau hanya menyimpannya ke hard drive anda.





SIRI 3 : Penggunaan Flash 5 “Flash 5 in Action”

Adobe Flash Player adalah standard untuk menyampaikan web yang kaya dengan kandungan maklumat yang berimpak tinggi. Pendedahan kepada penggunaan Flash 5 kepada guru-guru adalah satu cabang ilmu yang boleh menghasilkan imej bergerak daripada objek. Sangat sesuai untuk memberi gambaran jelas tentang perjalanan sistem. Perisian Adobe Flash Profesional CS5.5 merupakan peneraju utama dalam industri yang menghasilkan kandungan interaktif menarik. Plugin Flash (yang diperlukan untuk melihat animasi) dipasang pada hampir setiap komputer yang disambungkan ke internet. Semua pelayar utama datang dengan dilengkapi Flash Player dan bagi mereka yang tidak mempunyainya, muat turun adalah sangat kecil saiznya. Flash juga adalah satu program 'berasaskan vektor', yang bermaksud animasi dan grafik yang dicipta mempunyai saiz fail yang lebih kecil daripada video atau streaming versi media animasi yang sama. Peserta juga boleh memasukkan bunyi, grafik dan maklumat yang dinamik dalam animasi. Flash menyediakan cara yang serba boleh dan mudah untuk webmaster mencipta animasi untuk pengguna mereka. Penggunan perisian ini boleh mencipta pengalaman mendalam yang hadir secara konsisten kepada pengguna desktop, telefon pintar, tablet, dan televisyen.




SIRI 4 :  Penggunaan Adobe Photoshop dalam Pengajaran& Pembelajaran


Adobe Photoshop pada dasarnya merupakan aplikasi pengolah gambar, namun seringkali ia digunakan untuk mengubah penampilan suatu objek, misalnya teks atau tulisan. Adobe Photoshop bukan pengolah kata, tapi ia dapat membuat berbagai jenis kesan “effect” menarik untuk memperelok penampilan gambar dan teks. Adobe Photoshop merupakan perisian standard industri dalam pengimejan digital dan digunakan oleh profesional di seluruh dunia bagi reka bentuk, fotografi dan banyak lagi. Selain mengubahsuai imej untuk cetakan, Photoshop juga digunakan untuk pelbagai tujuan amatur dan profesiona. Sama ada ingin memasukkan imej dalam laman web, persembahan Powerpoint, atau dokumen yang bakal dicetak, Photoshop boleh digunakan untuk mencantikkan imej foto anda. Adobe Photoshop dikeluarkan dalam dua edisi: Adobe Photoshop dan Adobe Photoshop Extended, dengan ciri-ciri yang mempunyai penciptaan imej 3D tambahan, gerakan penyuntingan grafik dan analisis imej lebih maju.



SIRI 5 : Penggunaan Moodle “Moodle in Action”

MOODLE merupakan singkatan dari Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment yang bererti tempat belajar dinamik dengan menggunakan model berorientasikan objek. MOODLE memberikan perisian yang lengkap (MOODLE + Apache + MySQL + PHP). Ia merupakan aplikasi web yang diberikan secara PERCUMA kepada sesiapa yang ingin menggunakannya. Moodle adalah program yang membenarkan kelas pembelajaran diadakan dalam bentuk web ataupun pembelajaran atas talian. Moodle membenarkan pengguna menghantar item berita, memberi dan menyemak tugasan, menghantar jurnal elektronik dan sumber-sumber pembelajaran.




1 comment:

  1. bagamana cara untuk memohon kursus-kursus jangka pendek drpd pihak uppa?

    ReplyDelete