PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN OTAK

Umumnya pendekatan pengajaran berasaskan otak merupakan strategi yang dilaksanakan implikasi daripada ‘Prinsip-prinsip Pembelajaran Berasaskan Otak’ (Caine & Caine, 1991, Caine, McClintic & Klimek, 2005; Jensen, 1996; Sousa, 1995) yang dibangunkan hasil daripada penelitian terhadap teori serta penemuan terkini kajian berkaitan otak. Ianya direka bentuk agar serasi dengan struktur, kecenderungan serta fungsi optimum otak manusia bagi memastikan keberkesanan proses pembelajaran individu pelajar (Caine & Caine, 1991, Caine, McClintic & Klimek, 2005; Jensen, 1996; Sousa, 1995). Walaupun semua pengajaran adalah berasaskan otak, namun berbanding dengan kaedah lain, pendekatan pengajaran berasaskan otak merupakan strategi yang dirancang khusus  untuk lebih menghargai serta memberi pertimbangan yang menyeluruh terhadap kemampuan otak pelajar dalam sesuatu proses pembelajaran (Caine & Caine, 1991, Caine, McClintic & Klimek, 2005).

No comments:

Post a Comment